......InSpIrAsIkU....

الدنيا متاع وخير متاع مرأة الصالحة - Dunia itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah

........FiRsT TrYiNg.......

......kebosanan melanda......utk itu tercetus utk try membuat sesuatu utk menghilangkan kebosanan....he3.... ...
nk tau apa yg saya buat...he3.....belajar memasak....masak MASHED POTATO ALA KFC....he3


MASHED POTATO ALA KFC

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):


8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah
Cara-caranya


1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.
2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.
Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:

1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air
Cara-caranya:

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel)
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.
3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.
4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.
5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.
6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.
.......SELAMAT MENCUBA......

You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "

Alunkan Bersama


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Search

Profile

Foto saya
Kg.Wang Kelian, Perlis, Malaysia

أسماء الحسنى

الوقت كالسيف

الصلاة عماد الدين

Islamic Calender

Followers